Sunday, April 23, 2023

Salam Aidilfitri

 Alhamdulillah syukur,  hari ni 3 syawal.  Meraikan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa.  Saat pohon sukma masih ukuh teguh di sana.  Aku pulang bersama arjuna.  Syukur masih berpeluang bertamu di muara kasih.  Tempat bertandang syurga cinta.  Entah pasti akan ketemu lagi kita tak pasti. Jadi raikan kasih syurga saat ini lebih lama dari tahun sebelumnya.  Saat usia makin apuh,  pasti saat ini kita merindu! 

Wednesday, August 12, 2020

Ogos 2020

 Sekian lama menyepi. Pohon yg dulu tegak berdiri, kian condong,. Sepi, bagai dilanda covid19. Saat usia melangkau 30-an, diri semakin matang, 

Tika dulu masih sendiri, kini sudah ada sepasang penyeri bonda. Syukur, maka nikmat mana yg kamu dustakan.


Titip Alhamdulillah tanda Syukur.

Meski lelah , keringat memeluk tubuh, sempat jua jejak nikmat seorang ibu. 

Sunday, July 3, 2011

Cerita Tentang Makan




Malam Sabtu lalu, aku ikut teman-teman serumah pergi makan steamboat. mula-mula malas nak ikut, tapi sebab teringin jgk nak makan steamboat (lagipun dah lama tak merasa steamboat), aku pun bersiaplah. tak pulak aku tanya nak makan kat area mana. tapi dalam kepala dah terbayang tempat yang aku selalu lepak dulu dengan member2 lama, dekat flamingo steamboat buffet, sunway...sebelah sunway piramid tu. tapi rupa-rupanya andaian aku meleset. Mereka pergi ke Bukit Ampang, katanya pemandangan kl dari sana sangat cantik dan dapat lihat satu bandaraya kl ni. aku pun oklah, sebab tak pernah sampai. Bila sampai, tak adalah secantik yang aku bayangkan pun..huhu...tapi xtaulah pada pandangan mereka tempat tu cukup indah (mungkin).

Inilah pemandangan dari Bukit Ampang tu

Steamboat kat situ pun xdelah sedap mana. selamat aku beli sikit jer dan share dengan kawan aku. Itupun kami makan tak habis, air segelas pun minum tak sampai setengah gelas. Mungkin kalau ada yang baca blog aku ni, anggap aku ni seorang yg cerewet pasal makan, sebenarnya tidak pun. Aku tak kisah makan kt mana-mana. cuma keadaan kt situ yang membuatkan aku rimas ditambah pula dengan makanan tak sedap. lagi sedaplah aku kritik...hihi. kawasan situ, kebanyakan dipenuhi oleh budak-budak motor a.k.a mat rempit, yg jadikan port melepak mereka. sangat tak sesuai dengan jiwa raga aku untuk lepak lama2 kat situ...dan habis cair make-up aku..huhuu
Inilah deretan kedai makan yg ada di Bukit Ampang tu. Tapi kalau ada sesiapa yg masih belum pernah sampai di sini, bolehlah pergi dan lihat sendiri keadaan di sana. tapi bagi aku, mungkin itulah kali pertama dan terakhir aku ke situ...tak mau lagi lah ke sana lagi....(^_*)~~~

Sunday, June 19, 2011

Siapakah Kawan terBaik anda???

Kalau orang lain bila diajukan soalan ni,aku yakin dan pasti jawapan yg akan dberikan mesti lah kawan yg sejantina. kalau perempuan mesti lebih selesa memilih kawan baik daripada kalangan perempuan sahaja. begitu juga lelaki. tapi aku tak! aku lebih selesa punya teman baik daripada jantina yang berbeza, iaitu lelaki. Teman terbaik bukan teman tapi mesra ok. hehe...selalunya orang selalu salah tafsir kalau ada kawan baik daripada kalangan jantina berbeza, maka akan wujud lah gosip2 liar. kalau orang tanya kenapa aku lebih suka memilih kawan terbaik lelaki, sebenarnya atas beberapa faktor;
1): mungkin dsebabkan aku satu-satunya anak perempuan dalam keluarga, jadi sejak kecil aku dah terbiasa berkawan dan bergaul dengan lelaki.
2): aku tak boleh terlalu rapat dengan kawan perempuan sebab nanti mesti bergaduh teruk.
3): kalau kawan berlainan jantina ni, lebih boleh dipercayai dan pandai menjaga rahsia. aku jaga rahsia dia, dan dia pun akan jaga rahsia aku. setakat ni, aku dah berkawan 10tahun, dan tak pernah bergaduh. malah rapat sama seperti zaman sekolah dulu lagi.
4): beza dgn kawan perempuan, kawan lelaki ni, mereka lebih bersikap terbuka dan kalau bercakap xkan menyakitkan hati.
5) kalau nak keluar melepak senang. cuma telefon lepas tu cakap nak lepak kt mana2, jumpa jer kat sana. Sebab aku ni boleh bersiap cepat dan lambat. tengok keadaan dan tempat lepak. takkan la nak melepak kt kedai mamak pun nak ambik masa berjam2 tuk bersiap. aku sangat pantang orang yang lambat bersiap ni. pernah lah dulu aku janji nak lepak dengan member2 perempuan. janji pukul 2ptg. sorang bagi alasan ada hal saat2 akhir, terpaksa tunda jam 3. sorang lagi bersiap sejam lebih. agak melampau. padahal nak g lepak kat kedai makan biasa jer. jenuh sejam lebih aku tunggu kt rumah dia. lepas tu aku makin serik nak keluar dgn kwn2 perempuan ni. lembap macam siput.

Tapi apa2 hal pun, tak kiralah kawan baik lelaki atau perempuan, sebenarnya, dua2 ada kelebihan dan kekurangan masing2. bila masing2 dah berumahtangga susah lah sikit untuk jadi kawan baik kita kalau berlainan jantina ni, takut disalahtafsir pula oleh pasangan masing2. walau apapun aku nak ucapan jutaan terima kasihlah kepada Mr Rabbit sebab sudi jadi kawan terbaik aku sejak zaman sekolah lagi. Walaupun ramai yang tak taw kita ni bff, tapi takpe. kau tetap terbaik lah!!!!...

Tuesday, June 14, 2011

tesis vs pertunangan

Aku terpaksa lupakan seketika hasrat untuk memakai braces sbb gusi ak bengkak tiba2..lgpun puasa sudah hampir. jadi aku akan memakai selepas bulan syawal nanti. Insya Allah. Lagi pula sekarang aku sedang sibuk mentelaah untuk mengedit kertas cadangan phd ak. huhu...agak tertekan kerana makin aku betulkan terasa makin banyak pula yang salah. tapi aku aka cuba buat yang terbaik dan terima kasih kepada Prof. Hashim Awang kerana sudi meluangkan masa dan memberi pinjam beberapa bahan untuk teori yang diasaskan oleh beliau. aku amat menghargainya. lagi satu selepas raya nanti juga akan berlangsung majlis pertunangan aku. huhu...mama dan papa seolah-olah sukar nak lepaskan ak untuk menjadi tunang orang. Merisik sudah pd hari ahad lepas. dan majlis rasmi ptunangan mungkin berlangsung minggu kedua bulan syawal nanti. aku pun masih ragu2 untuk bertukar status ttp InsyaAllah aku akan cuba menjadi tunang terbaik. mungkin akan mengambil masa setahun sebelum bergelar isteri orang. buat mama dan papa>>>> jgn risau, InsyaAllah, aku akan cuba menjadi seorang anak dan tunang yang terbaik.

Saturday, April 9, 2011

Gigi Oh Gigi

Semalam aku pergi jumpa doktor gigi untuk pemeriksaan pertama sebelum pakai pendakap gigi @ braces. untuk pertama kalinya aku berani buat keputusan selepas sekian lama berfikir berkali-kali meskipun perasaan takut masih menyelubungi hati ini..huhu....semalam doktor hanya membuat acuan untuk mengukur gigi aku sebelum mencabut beberapa batang gigi aku ni untuk memudahkan pemasangan pendakap gigi tersebut. sedih juga bila memikirkan yang aku terpaksa berpisah dengan gigi-gigi aku yang aku bela sejak kecil dan tak sakit lagi itu. tapi disebabkan aku dah nekad untuk memakai braces aku terpaksa memberanikan diri aku ni. nanti aku akan ceritakan pengalaman seterusnya..(^_^)~

Friday, March 25, 2011

Hanya kerana mereka binatang...


Malam khamis lepas dalam Bersamamu@tv3 ada tayangkan kisah tentang kucing. tersentuh hati tengok kucing-kucing terbiar yang meraih simpati manusia untuk mengisi kekosongan perut. tiba-tiba teringat dekat Jesicca@Chika dan mr bearbear, kucing kesayangan aku. Aku tak sampai hati nak tengok sampai habis rancangan tu sebab tak sanggup. dan kesian tengok nasib kucing-kucing tu. kejam sungguh makhluk bernama manusia (walaupun hanya segelintir). Sanggup mendera dan pernah aku baca kat dalam facebookhttp://www.facebook.com/pages/%D9%83-KAKIMOTONG-%D9%83-FAN-CLU/120923971257699 ni tentang kekejaman seorang tauke sebuah restoran yang sanggup memotong kaki seekor kucing hanya kerana kucing tu makan kt situ. bayangkan nasib kucing tu yang oku. nasib baik ada yang prihatin dan sempat merawat kucing tu sampai pulih walaupun dah cacat. At least kucing tu masih berpeluang hidup. sampai macam tu sekali kejamnya dan tak ada hati dan sifat perikemanusiaan dan belas kasihan langsung terhadap haiwan.



kat atas ni cik chika

chika ni asalnya daripada seekor ibu kucing yang berkeliaran. mulanya ibu Chika tu dibela oleh jiran lama aku(selang beberapa pintu jer dari rumah aku. tapi bila kucing tu dah besar, tuan kucing tu biarkan kucing tu berkeliaran dan akhirnya beranak pinak. sampai berpuluh-puluh ekor. time ibu kucing tu bunting chika dan seekor lagi jer anak die, iaitu oli( tapi oli mati sebab sakit kulit yang teruk). nak dijadikan cerita, ibu kucing tu beranakkan oli dan chika kat belakang rumah aku (tapi masih dalam kawasan pagar rumah akulah). lepas beberapa minggu, ibu kucing tu tinggalkan anak-anak dia tu macam tu jer dan hilang entah ke mana. disebabkan kasihan tengok chika dan oli, jadi kami satu keluarga sepakat ambik dan bela terus mereka. sampai sekarang dah genap 6 tahun usia chika ni. Aku sayang sangat kat chika. satu hobi si chika ni adalah bergambar. dia suka benar bergambar dari kecil lagi sampai sekarang (perasan comel betul kucing aku ni, hihi). hobi chika satu lagi jadi goalkeeper. sangat terer tangkap bola. fuhhh...aku pun kagum, dia boleh lompat tinggi dan sambar bola tu. tapi dengan adik aku jer die main bola. orang lain dia tak layan. dan dia sangat anti dengan budak-budak perempuan. aku pun tak pasti kenapa.
ni mr bearbear yang garang

Yang seekor lagi ni mr bear, anak kepada chika. sangat comel tapi sayang dah tempang sejak xcident setahun lepas. tapi nasib baik sempat berubat kalau tak tak tahulah apa jadi. tapi bearbear ni sangat garang dan aku sendiri dah banyak kali kena cakar dan gigit. dengan kata lain tak boleh diajak bergurau. kena berhati-hati. tapi yang lucunya dia ni suka pakai topi besday yang buat pakai kertas tu. nanti kalau ada masa aku snap pic dia bergambar sakan dengan topi kertas,..hehe....dan hobi dia pun sama macam chika juga suka sangat bergambar.

oklah cukup lah dulu setakat ni pasal kucing..nanti ada masa aku sambung lagi...(^_^)~