Friday, May 29, 2009

Rahsia Perindu

Tanpamu
Aku tak mampu
bernafas sendiri...



Amylia bersetuju membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh. Setelah meneliti mental anak guamannya, Amylia mendapati sesuatu yang tidak munasabah berlaku. Dia memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan khidmat doktor psikiatri bagi melakukan psikoanalisis.

Dr. Azlan mendapati anak guaman Amylia, Leopard mengalami gangguan mental. Pada masa yang sama, usahanya ,membela Leopard mendapat rintangan. Amylia yang diburu ketakutan mengalami perubahan emosi. Namun begitu, dia tidak mudah mengalah walaupun nyawanya sentiasa diburu maut oleh pembunuh yang sentiasa mengintai pergerakkannya.

Perjuangan tetap diteruskan juga. Oleh kerana tidak tertahan menanggung pelbagai dugaan, suatu hari Amylia jatuh pengsan. Dan apabila dia sedar, segala-galanya telah berubah.

RAHSIA PERINDU penuh debaran yang menggelisahkan pembacaan anda. Sentuhan luar biasa daripada 'novelis thriller no. 1 Malaysia' ini sarat dengan kisah cinta suami isteri yang meruntun perasaan. suspens sehingga merasakan ada 'orang lain' sedang memerhatikan anda!


Karya segar daripada Ramlee Awang Murshid
alaf 21 sdn. bhd.
cetakan 4 2008
www.alaf21.com.my

garis-garis dejavu

Kata Rumi: pasangan yg bercinta bukan bertemu di satu tempat akhirnya mereka sudah bersama sejak dari azali lagi...

Inilah sebuah cerita cinta yang ditulis dalam nada yang berbeza. Dua benua. Tiga negara. Empat nyawa. Dan satu takdir yang tersimpul mati!

Sebuah episod pengembaraan yang merentasi garis-garis de ja vu
Suatu pelarian tanpa noktah
dan rentetan pertemuan-pertemuan aneh seorang Damien.

Kenapa setelah sepuluh tahun berselang,
Asyraf harus mencari Laila yang hilang,
sedangkan isterinya, Nini ditinggalkannya pergi?

Dan begitu mahalnya harga sebuah cinta, sehinggakan Suraya
meninggalkan-Nya deni dia?


Sebuah lagi karya segar daripada John Norafizan,
seorang jurutera yang mahir menyusun peristiwa-peristiwa
pengarang yng sentiasa mendaulatkan bahasa ibunda pada
setiap karya-karyanya.

Jemari Seni Publishing
Cetakan Pertama Mac 2008
www.jemariseni.com