Friday, February 18, 2011

Rindu Zaman Kanak-kanak + rindu juga pada abang dan adik-adikku..

Kalaulah masa boleh berputar, ingin sekali aku menjejak semula kaki ke zaman kanak-kanak aku dulu. tersangat lah rindu..huhu...rindu pada pantai yang memutih, ombak yang beralun-ralun ibarat lenggok penari tarian asyik di pentas istana, bayu senja yang mendamaikan dan mentari pagi yang muncul dengan tenang di ufuk timur. Sungguh aku amat rindukan saat-saat itu! Dibesarkan di kawasan yang berdekatan pantai, sangat mendamaikan jiwa. zaman kanak-kanakku aku kurang kawan. Mama dan papa lebih suka kalau aku dan adik-beradik duduk bermain sesamai adik-beradik saja. usia aku dengan along pun cma berbeza 2tahun dan adik ku 3tahun, cuma yang bongsu agak jauh, iaitu 9 tahun. sebab itu aku tak kisah kalau tiada kawan lain, kerana kami adik-beradik pun dah cukup untuk menyakitkan telinga mama dan papa kalau bergaduh dan berebut permainan. tapi aku masa kecil juara air mata. senjata aku cuma air mata. kalau dah gaduh teruk2 aku menangis jelah..nanti mama tolong backup..haha....tapi ada satu yang sampai sekarang aku tak puas hati dengan along dan adik ku..erm diorang ada merahsiakan pasal "keruntuhan istana semut". puas aku tanya apa sebenarnya tu, tapi sampai sudah diorang rahsiakan. dan aku pun dah tak tanya lagi dah lepastu, sebab confirm diorang takkan bagitau aku rahsia tu..antara permainan yang femes dikalangan kami masa kecik sangat banyak ,antara yang aku masih ingat "tangkap rama-rama dan belalang" lepas dah tangkap tu kami bela dua tiga hari bagi makan biskut merry cicah air dan daun...haha...seronok tengok rama2 dgn belalang tu makan.terkemut-kemut mulut mereka makan terpaksa. cara kami tangkap guna plastik (yang isi sayur tu)hehe..pastu ikat dekat hujung batang kayu. bila belalang ngan rama-rama terjerat, kami pun cepat2 masukkan dalam balang yang dah ditebuk lubang-lubang kecil untuk bernafas. selain tu, kitaorang ada juga reka cipta kereta ala-ala kereta lumba f1 tu dengan tanah dan pasir. best sangat lah dapat main "jelokong" dan kotor-kotor tu..hehe..biasa lah budak-budak kampung. tapi kereta tu ada tiga seat. tapi sayang nya..kami tak sempat siapkan sepenuhnya kereta lumba tu sebabnya dah terkantoi dengan mama masa t..huhu...teruk kami adik-beradik kena marah sebab main pasir sampai kotor2 baju...hehe...aku ni walaupun perempuan lasak jugak, mana tidaknya panjat pokok belimbing dan pokok2 di sekitar rumah kami masa tu menjadi kebiasaan. sampaikan mama marah la dan menegur perangai kejantanan aku masa tu. dengan t-shirt dan seluar pendek menjadi kebiasaan. tapi bila dah dekat-dekat nak habis darjah 6 sedikit-sedikit mama cuba ubah penampilan aku jadi lebih kewanitaan..chewah...perasan perempuan Melayu terakhir pulak aku ni..hihi...tapi aku bersyukur sebab aku tidak terus berperangai ala-ala lelaki..sayang mama, terima kasih sebab beri tunjuk ajar. (^_^)~

No comments:

Post a Comment