Friday, March 25, 2011

Hanya kerana mereka binatang...


Malam khamis lepas dalam Bersamamu@tv3 ada tayangkan kisah tentang kucing. tersentuh hati tengok kucing-kucing terbiar yang meraih simpati manusia untuk mengisi kekosongan perut. tiba-tiba teringat dekat Jesicca@Chika dan mr bearbear, kucing kesayangan aku. Aku tak sampai hati nak tengok sampai habis rancangan tu sebab tak sanggup. dan kesian tengok nasib kucing-kucing tu. kejam sungguh makhluk bernama manusia (walaupun hanya segelintir). Sanggup mendera dan pernah aku baca kat dalam facebookhttp://www.facebook.com/pages/%D9%83-KAKIMOTONG-%D9%83-FAN-CLU/120923971257699 ni tentang kekejaman seorang tauke sebuah restoran yang sanggup memotong kaki seekor kucing hanya kerana kucing tu makan kt situ. bayangkan nasib kucing tu yang oku. nasib baik ada yang prihatin dan sempat merawat kucing tu sampai pulih walaupun dah cacat. At least kucing tu masih berpeluang hidup. sampai macam tu sekali kejamnya dan tak ada hati dan sifat perikemanusiaan dan belas kasihan langsung terhadap haiwan.



kat atas ni cik chika

chika ni asalnya daripada seekor ibu kucing yang berkeliaran. mulanya ibu Chika tu dibela oleh jiran lama aku(selang beberapa pintu jer dari rumah aku. tapi bila kucing tu dah besar, tuan kucing tu biarkan kucing tu berkeliaran dan akhirnya beranak pinak. sampai berpuluh-puluh ekor. time ibu kucing tu bunting chika dan seekor lagi jer anak die, iaitu oli( tapi oli mati sebab sakit kulit yang teruk). nak dijadikan cerita, ibu kucing tu beranakkan oli dan chika kat belakang rumah aku (tapi masih dalam kawasan pagar rumah akulah). lepas beberapa minggu, ibu kucing tu tinggalkan anak-anak dia tu macam tu jer dan hilang entah ke mana. disebabkan kasihan tengok chika dan oli, jadi kami satu keluarga sepakat ambik dan bela terus mereka. sampai sekarang dah genap 6 tahun usia chika ni. Aku sayang sangat kat chika. satu hobi si chika ni adalah bergambar. dia suka benar bergambar dari kecil lagi sampai sekarang (perasan comel betul kucing aku ni, hihi). hobi chika satu lagi jadi goalkeeper. sangat terer tangkap bola. fuhhh...aku pun kagum, dia boleh lompat tinggi dan sambar bola tu. tapi dengan adik aku jer die main bola. orang lain dia tak layan. dan dia sangat anti dengan budak-budak perempuan. aku pun tak pasti kenapa.
ni mr bearbear yang garang

Yang seekor lagi ni mr bear, anak kepada chika. sangat comel tapi sayang dah tempang sejak xcident setahun lepas. tapi nasib baik sempat berubat kalau tak tak tahulah apa jadi. tapi bearbear ni sangat garang dan aku sendiri dah banyak kali kena cakar dan gigit. dengan kata lain tak boleh diajak bergurau. kena berhati-hati. tapi yang lucunya dia ni suka pakai topi besday yang buat pakai kertas tu. nanti kalau ada masa aku snap pic dia bergambar sakan dengan topi kertas,..hehe....dan hobi dia pun sama macam chika juga suka sangat bergambar.

oklah cukup lah dulu setakat ni pasal kucing..nanti ada masa aku sambung lagi...(^_^)~

Sunday, March 6, 2011

Siapa kita untuk menilai seseorang???

kenapa orang begitu cepat membuat penilaian terhadap seseorang?adakalanya aku pelik sebab kita mudah menilai orang lebih-lebih lagi yang negatif. jarang kita menilai seseorang dari sudut positif. Lumrah manusia yang suka mencari kesilapan seseorang. mengapa tidak melihat kebaikan dan sikap-sikap yang murni dulu. tiada manusia sempurna di dunia ni. jadi kalau kita mahu orang menghormati kita, kita duluan perlu menghormati diri kita sendiri dan menghormati orang lain juga. Jangan mudah memandang serong pada seseorang. jangan menilai dari rupa paras dan raut wajah seseorang. cerminan seseorang bukan pada zahirnya sahaja. tapi keseluruhannya. Cintailah diri anda sepenuhnya, agar orang lain bisa mencintai anda seadanya.

ketabahan kian pudar~~(

Seusia bulan baru, hati dan jiwa ku semakin tertekan, dan aku dapat merasai bahawa ketabahan diriku yang selama ini cukup kuat semakin hari semakin pudar...huuu...meskipun aku cuba mengukir senyuman di bibir dan cuba bersikap biasa..tapi aku masih tak dapat menipu diri aku sendiri. semakin aku cuba bersikap hipokrit, makin itulah hati ku terasa ingin menjerit....sedih dan tanpaku sedari,titisan jernih mengalir di pipi. bila sendirian, aku rasa semakin sedih....aku tak cukup kuat untuk berdepan dengan cabaran hari-hari mendatang. aku rasa sangat tertekan...sungguh kadang2 aku rasa menyesal dengan pilihan yang aku buat. bukan semudah yang disangka. sekarang air mata aku dah kering tuk menangis. Ya Allah, kepadaMu aku berserah..hapuskanlah rasa kesal yang bersarang dalam jiwa ku...hanya padaMu tempat ku mengadu. dan padaMu jua aku mengharap...tabahkanlah hatiku Ya Allah....bebanan di jiwa dan mindaku ini semakin hati semakin menyesakkan jiwa...Bantulah aku untuk terus bernafas dalam jiwa penuh ketenangan...hindarilah aku dari anasir2 yang bisa memusnahkan kerjayaku dan Kau lindungilah hambaMu ini daripada sebarang kekusutan dan kesulitan yang tak bisa diselesaikan. Ya Rabbi, aku mohon agar Kau kurniakan aku kesihatan akal dan tubuh badan semoga aku terus dapat menjadi hambaMu di muka bumi ini dengan penuh keredhaanMu, dan Kau kurniakanlah juga seseorang yang beriman kepadaMu untuk menemani hari-hariku yang mendatang dan lindungilah serta berkatilah juga ibu bapa dan keluargaku daripada sebarang kesulitan. kurniakanlah kepada kami rahmat Mu Ya Allah~~Amin...