Friday, March 25, 2011

Hanya kerana mereka binatang...


Malam khamis lepas dalam Bersamamu@tv3 ada tayangkan kisah tentang kucing. tersentuh hati tengok kucing-kucing terbiar yang meraih simpati manusia untuk mengisi kekosongan perut. tiba-tiba teringat dekat Jesicca@Chika dan mr bearbear, kucing kesayangan aku. Aku tak sampai hati nak tengok sampai habis rancangan tu sebab tak sanggup. dan kesian tengok nasib kucing-kucing tu. kejam sungguh makhluk bernama manusia (walaupun hanya segelintir). Sanggup mendera dan pernah aku baca kat dalam facebookhttp://www.facebook.com/pages/%D9%83-KAKIMOTONG-%D9%83-FAN-CLU/120923971257699 ni tentang kekejaman seorang tauke sebuah restoran yang sanggup memotong kaki seekor kucing hanya kerana kucing tu makan kt situ. bayangkan nasib kucing tu yang oku. nasib baik ada yang prihatin dan sempat merawat kucing tu sampai pulih walaupun dah cacat. At least kucing tu masih berpeluang hidup. sampai macam tu sekali kejamnya dan tak ada hati dan sifat perikemanusiaan dan belas kasihan langsung terhadap haiwan.



kat atas ni cik chika

chika ni asalnya daripada seekor ibu kucing yang berkeliaran. mulanya ibu Chika tu dibela oleh jiran lama aku(selang beberapa pintu jer dari rumah aku. tapi bila kucing tu dah besar, tuan kucing tu biarkan kucing tu berkeliaran dan akhirnya beranak pinak. sampai berpuluh-puluh ekor. time ibu kucing tu bunting chika dan seekor lagi jer anak die, iaitu oli( tapi oli mati sebab sakit kulit yang teruk). nak dijadikan cerita, ibu kucing tu beranakkan oli dan chika kat belakang rumah aku (tapi masih dalam kawasan pagar rumah akulah). lepas beberapa minggu, ibu kucing tu tinggalkan anak-anak dia tu macam tu jer dan hilang entah ke mana. disebabkan kasihan tengok chika dan oli, jadi kami satu keluarga sepakat ambik dan bela terus mereka. sampai sekarang dah genap 6 tahun usia chika ni. Aku sayang sangat kat chika. satu hobi si chika ni adalah bergambar. dia suka benar bergambar dari kecil lagi sampai sekarang (perasan comel betul kucing aku ni, hihi). hobi chika satu lagi jadi goalkeeper. sangat terer tangkap bola. fuhhh...aku pun kagum, dia boleh lompat tinggi dan sambar bola tu. tapi dengan adik aku jer die main bola. orang lain dia tak layan. dan dia sangat anti dengan budak-budak perempuan. aku pun tak pasti kenapa.
ni mr bearbear yang garang

Yang seekor lagi ni mr bear, anak kepada chika. sangat comel tapi sayang dah tempang sejak xcident setahun lepas. tapi nasib baik sempat berubat kalau tak tak tahulah apa jadi. tapi bearbear ni sangat garang dan aku sendiri dah banyak kali kena cakar dan gigit. dengan kata lain tak boleh diajak bergurau. kena berhati-hati. tapi yang lucunya dia ni suka pakai topi besday yang buat pakai kertas tu. nanti kalau ada masa aku snap pic dia bergambar sakan dengan topi kertas,..hehe....dan hobi dia pun sama macam chika juga suka sangat bergambar.

oklah cukup lah dulu setakat ni pasal kucing..nanti ada masa aku sambung lagi...(^_^)~

No comments:

Post a Comment