Sunday, June 19, 2011

Siapakah Kawan terBaik anda???

Kalau orang lain bila diajukan soalan ni,aku yakin dan pasti jawapan yg akan dberikan mesti lah kawan yg sejantina. kalau perempuan mesti lebih selesa memilih kawan baik daripada kalangan perempuan sahaja. begitu juga lelaki. tapi aku tak! aku lebih selesa punya teman baik daripada jantina yang berbeza, iaitu lelaki. Teman terbaik bukan teman tapi mesra ok. hehe...selalunya orang selalu salah tafsir kalau ada kawan baik daripada kalangan jantina berbeza, maka akan wujud lah gosip2 liar. kalau orang tanya kenapa aku lebih suka memilih kawan terbaik lelaki, sebenarnya atas beberapa faktor;
1): mungkin dsebabkan aku satu-satunya anak perempuan dalam keluarga, jadi sejak kecil aku dah terbiasa berkawan dan bergaul dengan lelaki.
2): aku tak boleh terlalu rapat dengan kawan perempuan sebab nanti mesti bergaduh teruk.
3): kalau kawan berlainan jantina ni, lebih boleh dipercayai dan pandai menjaga rahsia. aku jaga rahsia dia, dan dia pun akan jaga rahsia aku. setakat ni, aku dah berkawan 10tahun, dan tak pernah bergaduh. malah rapat sama seperti zaman sekolah dulu lagi.
4): beza dgn kawan perempuan, kawan lelaki ni, mereka lebih bersikap terbuka dan kalau bercakap xkan menyakitkan hati.
5) kalau nak keluar melepak senang. cuma telefon lepas tu cakap nak lepak kt mana2, jumpa jer kat sana. Sebab aku ni boleh bersiap cepat dan lambat. tengok keadaan dan tempat lepak. takkan la nak melepak kt kedai mamak pun nak ambik masa berjam2 tuk bersiap. aku sangat pantang orang yang lambat bersiap ni. pernah lah dulu aku janji nak lepak dengan member2 perempuan. janji pukul 2ptg. sorang bagi alasan ada hal saat2 akhir, terpaksa tunda jam 3. sorang lagi bersiap sejam lebih. agak melampau. padahal nak g lepak kat kedai makan biasa jer. jenuh sejam lebih aku tunggu kt rumah dia. lepas tu aku makin serik nak keluar dgn kwn2 perempuan ni. lembap macam siput.

Tapi apa2 hal pun, tak kiralah kawan baik lelaki atau perempuan, sebenarnya, dua2 ada kelebihan dan kekurangan masing2. bila masing2 dah berumahtangga susah lah sikit untuk jadi kawan baik kita kalau berlainan jantina ni, takut disalahtafsir pula oleh pasangan masing2. walau apapun aku nak ucapan jutaan terima kasihlah kepada Mr Rabbit sebab sudi jadi kawan terbaik aku sejak zaman sekolah lagi. Walaupun ramai yang tak taw kita ni bff, tapi takpe. kau tetap terbaik lah!!!!...

Tuesday, June 14, 2011

tesis vs pertunangan

Aku terpaksa lupakan seketika hasrat untuk memakai braces sbb gusi ak bengkak tiba2..lgpun puasa sudah hampir. jadi aku akan memakai selepas bulan syawal nanti. Insya Allah. Lagi pula sekarang aku sedang sibuk mentelaah untuk mengedit kertas cadangan phd ak. huhu...agak tertekan kerana makin aku betulkan terasa makin banyak pula yang salah. tapi aku aka cuba buat yang terbaik dan terima kasih kepada Prof. Hashim Awang kerana sudi meluangkan masa dan memberi pinjam beberapa bahan untuk teori yang diasaskan oleh beliau. aku amat menghargainya. lagi satu selepas raya nanti juga akan berlangsung majlis pertunangan aku. huhu...mama dan papa seolah-olah sukar nak lepaskan ak untuk menjadi tunang orang. Merisik sudah pd hari ahad lepas. dan majlis rasmi ptunangan mungkin berlangsung minggu kedua bulan syawal nanti. aku pun masih ragu2 untuk bertukar status ttp InsyaAllah aku akan cuba menjadi tunang terbaik. mungkin akan mengambil masa setahun sebelum bergelar isteri orang. buat mama dan papa>>>> jgn risau, InsyaAllah, aku akan cuba menjadi seorang anak dan tunang yang terbaik.