Sunday, July 3, 2011

Cerita Tentang Makan




Malam Sabtu lalu, aku ikut teman-teman serumah pergi makan steamboat. mula-mula malas nak ikut, tapi sebab teringin jgk nak makan steamboat (lagipun dah lama tak merasa steamboat), aku pun bersiaplah. tak pulak aku tanya nak makan kat area mana. tapi dalam kepala dah terbayang tempat yang aku selalu lepak dulu dengan member2 lama, dekat flamingo steamboat buffet, sunway...sebelah sunway piramid tu. tapi rupa-rupanya andaian aku meleset. Mereka pergi ke Bukit Ampang, katanya pemandangan kl dari sana sangat cantik dan dapat lihat satu bandaraya kl ni. aku pun oklah, sebab tak pernah sampai. Bila sampai, tak adalah secantik yang aku bayangkan pun..huhu...tapi xtaulah pada pandangan mereka tempat tu cukup indah (mungkin).

Inilah pemandangan dari Bukit Ampang tu

Steamboat kat situ pun xdelah sedap mana. selamat aku beli sikit jer dan share dengan kawan aku. Itupun kami makan tak habis, air segelas pun minum tak sampai setengah gelas. Mungkin kalau ada yang baca blog aku ni, anggap aku ni seorang yg cerewet pasal makan, sebenarnya tidak pun. Aku tak kisah makan kt mana-mana. cuma keadaan kt situ yang membuatkan aku rimas ditambah pula dengan makanan tak sedap. lagi sedaplah aku kritik...hihi. kawasan situ, kebanyakan dipenuhi oleh budak-budak motor a.k.a mat rempit, yg jadikan port melepak mereka. sangat tak sesuai dengan jiwa raga aku untuk lepak lama2 kat situ...dan habis cair make-up aku..huhuu
Inilah deretan kedai makan yg ada di Bukit Ampang tu. Tapi kalau ada sesiapa yg masih belum pernah sampai di sini, bolehlah pergi dan lihat sendiri keadaan di sana. tapi bagi aku, mungkin itulah kali pertama dan terakhir aku ke situ...tak mau lagi lah ke sana lagi....(^_*)~~~

Sunday, June 19, 2011

Siapakah Kawan terBaik anda???

Kalau orang lain bila diajukan soalan ni,aku yakin dan pasti jawapan yg akan dberikan mesti lah kawan yg sejantina. kalau perempuan mesti lebih selesa memilih kawan baik daripada kalangan perempuan sahaja. begitu juga lelaki. tapi aku tak! aku lebih selesa punya teman baik daripada jantina yang berbeza, iaitu lelaki. Teman terbaik bukan teman tapi mesra ok. hehe...selalunya orang selalu salah tafsir kalau ada kawan baik daripada kalangan jantina berbeza, maka akan wujud lah gosip2 liar. kalau orang tanya kenapa aku lebih suka memilih kawan terbaik lelaki, sebenarnya atas beberapa faktor;
1): mungkin dsebabkan aku satu-satunya anak perempuan dalam keluarga, jadi sejak kecil aku dah terbiasa berkawan dan bergaul dengan lelaki.
2): aku tak boleh terlalu rapat dengan kawan perempuan sebab nanti mesti bergaduh teruk.
3): kalau kawan berlainan jantina ni, lebih boleh dipercayai dan pandai menjaga rahsia. aku jaga rahsia dia, dan dia pun akan jaga rahsia aku. setakat ni, aku dah berkawan 10tahun, dan tak pernah bergaduh. malah rapat sama seperti zaman sekolah dulu lagi.
4): beza dgn kawan perempuan, kawan lelaki ni, mereka lebih bersikap terbuka dan kalau bercakap xkan menyakitkan hati.
5) kalau nak keluar melepak senang. cuma telefon lepas tu cakap nak lepak kt mana2, jumpa jer kat sana. Sebab aku ni boleh bersiap cepat dan lambat. tengok keadaan dan tempat lepak. takkan la nak melepak kt kedai mamak pun nak ambik masa berjam2 tuk bersiap. aku sangat pantang orang yang lambat bersiap ni. pernah lah dulu aku janji nak lepak dengan member2 perempuan. janji pukul 2ptg. sorang bagi alasan ada hal saat2 akhir, terpaksa tunda jam 3. sorang lagi bersiap sejam lebih. agak melampau. padahal nak g lepak kat kedai makan biasa jer. jenuh sejam lebih aku tunggu kt rumah dia. lepas tu aku makin serik nak keluar dgn kwn2 perempuan ni. lembap macam siput.

Tapi apa2 hal pun, tak kiralah kawan baik lelaki atau perempuan, sebenarnya, dua2 ada kelebihan dan kekurangan masing2. bila masing2 dah berumahtangga susah lah sikit untuk jadi kawan baik kita kalau berlainan jantina ni, takut disalahtafsir pula oleh pasangan masing2. walau apapun aku nak ucapan jutaan terima kasihlah kepada Mr Rabbit sebab sudi jadi kawan terbaik aku sejak zaman sekolah lagi. Walaupun ramai yang tak taw kita ni bff, tapi takpe. kau tetap terbaik lah!!!!...

Tuesday, June 14, 2011

tesis vs pertunangan

Aku terpaksa lupakan seketika hasrat untuk memakai braces sbb gusi ak bengkak tiba2..lgpun puasa sudah hampir. jadi aku akan memakai selepas bulan syawal nanti. Insya Allah. Lagi pula sekarang aku sedang sibuk mentelaah untuk mengedit kertas cadangan phd ak. huhu...agak tertekan kerana makin aku betulkan terasa makin banyak pula yang salah. tapi aku aka cuba buat yang terbaik dan terima kasih kepada Prof. Hashim Awang kerana sudi meluangkan masa dan memberi pinjam beberapa bahan untuk teori yang diasaskan oleh beliau. aku amat menghargainya. lagi satu selepas raya nanti juga akan berlangsung majlis pertunangan aku. huhu...mama dan papa seolah-olah sukar nak lepaskan ak untuk menjadi tunang orang. Merisik sudah pd hari ahad lepas. dan majlis rasmi ptunangan mungkin berlangsung minggu kedua bulan syawal nanti. aku pun masih ragu2 untuk bertukar status ttp InsyaAllah aku akan cuba menjadi tunang terbaik. mungkin akan mengambil masa setahun sebelum bergelar isteri orang. buat mama dan papa>>>> jgn risau, InsyaAllah, aku akan cuba menjadi seorang anak dan tunang yang terbaik.

Saturday, April 9, 2011

Gigi Oh Gigi

Semalam aku pergi jumpa doktor gigi untuk pemeriksaan pertama sebelum pakai pendakap gigi @ braces. untuk pertama kalinya aku berani buat keputusan selepas sekian lama berfikir berkali-kali meskipun perasaan takut masih menyelubungi hati ini..huhu....semalam doktor hanya membuat acuan untuk mengukur gigi aku sebelum mencabut beberapa batang gigi aku ni untuk memudahkan pemasangan pendakap gigi tersebut. sedih juga bila memikirkan yang aku terpaksa berpisah dengan gigi-gigi aku yang aku bela sejak kecil dan tak sakit lagi itu. tapi disebabkan aku dah nekad untuk memakai braces aku terpaksa memberanikan diri aku ni. nanti aku akan ceritakan pengalaman seterusnya..(^_^)~

Friday, March 25, 2011

Hanya kerana mereka binatang...


Malam khamis lepas dalam Bersamamu@tv3 ada tayangkan kisah tentang kucing. tersentuh hati tengok kucing-kucing terbiar yang meraih simpati manusia untuk mengisi kekosongan perut. tiba-tiba teringat dekat Jesicca@Chika dan mr bearbear, kucing kesayangan aku. Aku tak sampai hati nak tengok sampai habis rancangan tu sebab tak sanggup. dan kesian tengok nasib kucing-kucing tu. kejam sungguh makhluk bernama manusia (walaupun hanya segelintir). Sanggup mendera dan pernah aku baca kat dalam facebookhttp://www.facebook.com/pages/%D9%83-KAKIMOTONG-%D9%83-FAN-CLU/120923971257699 ni tentang kekejaman seorang tauke sebuah restoran yang sanggup memotong kaki seekor kucing hanya kerana kucing tu makan kt situ. bayangkan nasib kucing tu yang oku. nasib baik ada yang prihatin dan sempat merawat kucing tu sampai pulih walaupun dah cacat. At least kucing tu masih berpeluang hidup. sampai macam tu sekali kejamnya dan tak ada hati dan sifat perikemanusiaan dan belas kasihan langsung terhadap haiwan.



kat atas ni cik chika

chika ni asalnya daripada seekor ibu kucing yang berkeliaran. mulanya ibu Chika tu dibela oleh jiran lama aku(selang beberapa pintu jer dari rumah aku. tapi bila kucing tu dah besar, tuan kucing tu biarkan kucing tu berkeliaran dan akhirnya beranak pinak. sampai berpuluh-puluh ekor. time ibu kucing tu bunting chika dan seekor lagi jer anak die, iaitu oli( tapi oli mati sebab sakit kulit yang teruk). nak dijadikan cerita, ibu kucing tu beranakkan oli dan chika kat belakang rumah aku (tapi masih dalam kawasan pagar rumah akulah). lepas beberapa minggu, ibu kucing tu tinggalkan anak-anak dia tu macam tu jer dan hilang entah ke mana. disebabkan kasihan tengok chika dan oli, jadi kami satu keluarga sepakat ambik dan bela terus mereka. sampai sekarang dah genap 6 tahun usia chika ni. Aku sayang sangat kat chika. satu hobi si chika ni adalah bergambar. dia suka benar bergambar dari kecil lagi sampai sekarang (perasan comel betul kucing aku ni, hihi). hobi chika satu lagi jadi goalkeeper. sangat terer tangkap bola. fuhhh...aku pun kagum, dia boleh lompat tinggi dan sambar bola tu. tapi dengan adik aku jer die main bola. orang lain dia tak layan. dan dia sangat anti dengan budak-budak perempuan. aku pun tak pasti kenapa.
ni mr bearbear yang garang

Yang seekor lagi ni mr bear, anak kepada chika. sangat comel tapi sayang dah tempang sejak xcident setahun lepas. tapi nasib baik sempat berubat kalau tak tak tahulah apa jadi. tapi bearbear ni sangat garang dan aku sendiri dah banyak kali kena cakar dan gigit. dengan kata lain tak boleh diajak bergurau. kena berhati-hati. tapi yang lucunya dia ni suka pakai topi besday yang buat pakai kertas tu. nanti kalau ada masa aku snap pic dia bergambar sakan dengan topi kertas,..hehe....dan hobi dia pun sama macam chika juga suka sangat bergambar.

oklah cukup lah dulu setakat ni pasal kucing..nanti ada masa aku sambung lagi...(^_^)~

Sunday, March 6, 2011

Siapa kita untuk menilai seseorang???

kenapa orang begitu cepat membuat penilaian terhadap seseorang?adakalanya aku pelik sebab kita mudah menilai orang lebih-lebih lagi yang negatif. jarang kita menilai seseorang dari sudut positif. Lumrah manusia yang suka mencari kesilapan seseorang. mengapa tidak melihat kebaikan dan sikap-sikap yang murni dulu. tiada manusia sempurna di dunia ni. jadi kalau kita mahu orang menghormati kita, kita duluan perlu menghormati diri kita sendiri dan menghormati orang lain juga. Jangan mudah memandang serong pada seseorang. jangan menilai dari rupa paras dan raut wajah seseorang. cerminan seseorang bukan pada zahirnya sahaja. tapi keseluruhannya. Cintailah diri anda sepenuhnya, agar orang lain bisa mencintai anda seadanya.

ketabahan kian pudar~~(

Seusia bulan baru, hati dan jiwa ku semakin tertekan, dan aku dapat merasai bahawa ketabahan diriku yang selama ini cukup kuat semakin hari semakin pudar...huuu...meskipun aku cuba mengukir senyuman di bibir dan cuba bersikap biasa..tapi aku masih tak dapat menipu diri aku sendiri. semakin aku cuba bersikap hipokrit, makin itulah hati ku terasa ingin menjerit....sedih dan tanpaku sedari,titisan jernih mengalir di pipi. bila sendirian, aku rasa semakin sedih....aku tak cukup kuat untuk berdepan dengan cabaran hari-hari mendatang. aku rasa sangat tertekan...sungguh kadang2 aku rasa menyesal dengan pilihan yang aku buat. bukan semudah yang disangka. sekarang air mata aku dah kering tuk menangis. Ya Allah, kepadaMu aku berserah..hapuskanlah rasa kesal yang bersarang dalam jiwa ku...hanya padaMu tempat ku mengadu. dan padaMu jua aku mengharap...tabahkanlah hatiku Ya Allah....bebanan di jiwa dan mindaku ini semakin hati semakin menyesakkan jiwa...Bantulah aku untuk terus bernafas dalam jiwa penuh ketenangan...hindarilah aku dari anasir2 yang bisa memusnahkan kerjayaku dan Kau lindungilah hambaMu ini daripada sebarang kekusutan dan kesulitan yang tak bisa diselesaikan. Ya Rabbi, aku mohon agar Kau kurniakan aku kesihatan akal dan tubuh badan semoga aku terus dapat menjadi hambaMu di muka bumi ini dengan penuh keredhaanMu, dan Kau kurniakanlah juga seseorang yang beriman kepadaMu untuk menemani hari-hariku yang mendatang dan lindungilah serta berkatilah juga ibu bapa dan keluargaku daripada sebarang kesulitan. kurniakanlah kepada kami rahmat Mu Ya Allah~~Amin...

Saturday, February 19, 2011

Wah pagi yang cukup indah~

Hari ni aku bangun awal sangat. pukul 5pg dah pun terjaga. sebab sebelum tu internet problem..tengah duk lepak-lepak kt bilik tv, kononnya nak on9 kat situ tapi kesian, erm sampai sudah broadband aku tak berfungsi, try juga on9 guna wireless kolej pun tak dapat..lastly aku tido sejam dari pukul 1-30 sampai kul 2.30. wah lepas tu aku balik bilik semula then try on9 sekali lg..erm dapat pulak. berjagalah pula sampai 3.30 pg, tapi disebabkan dah tidur sekejap tadi,maka mata aku pun jadi cepat mengantuk, so aku ambil keputusan tidur jelah. huu tp dalam tengah duk syok melayan lena, boleh pulak aku bermimpi pasal kes kejar-kejar dengan polis. masalahnya bukan aku yang dikejar, tapi aku terlibat dalam suasana tu bila ada seorang penjenayah yang cuba meloloskan diri dari kena tangkap. nak dijadikan cerita orang jahat tu lari ikut aku. aku pun jadi kebingungan dan akibat ketakutan aku sembunyi dengan orang jahat tu sekali..huuu mana aku tak seram,dia ada pistol pastu tenung aku dengan tenungan membunuh!..tapi entah macam mana, polis jumpa kami. terus dia melepaskan tembakan ke arah ketua mafia tu.dan lepas tu aku terus terjaga. tak tau lah sama ada penjenayah tu selamat atau mati, mungkin juga peluru tu tersasar ke tempat lain, aku pun tak tau apa jadi sebab lepas je bunyi tembakan tu, aku dah terjaga dan terus solat subuh..huuu...tak naklah lagi dapat mimpi buruk macam ni tak seronok...(

Menyihatkan badan dan mencerdaskan minda

Dulu aku seorang yang sangat rajin bersukan, malahan setiap tahun pasti aku sertai acaran sukan; acara olahraga yang paling aku minati. dan tidak pernah menghampakan kalau aku masuk olahraga, kalau tak juara, mesti dapat nombor 2 takpun tempat ke3..dan merentas desa pun aku suka juga.tapi sejak masuk belajar di Um, aku semakin malas bersukan. jangan kata nak bersukan, berjalan pun tak larat..hihi...tapi tadi entah apa mimpi entah aku pergi pusing-pusing ukm ni..sampai stadium yang terletak berdekatan Dewan Gemilang dengan dua orang kawanku, Huda dan Syaidah..seronok pulak dapat keluar dan bersiar-siar rehatkan minda. Hilang tekanan dan stress. pendek kata, lepas ni aku nak mula bersukan baliklah. Barulah otak cerdas, badan sihat. Sungguh aku sangat seronok dapat berjoging td..walaupun berjalan jer lebih..hihi

Friday, February 18, 2011

Rindu Zaman Kanak-kanak + rindu juga pada abang dan adik-adikku..

Kalaulah masa boleh berputar, ingin sekali aku menjejak semula kaki ke zaman kanak-kanak aku dulu. tersangat lah rindu..huhu...rindu pada pantai yang memutih, ombak yang beralun-ralun ibarat lenggok penari tarian asyik di pentas istana, bayu senja yang mendamaikan dan mentari pagi yang muncul dengan tenang di ufuk timur. Sungguh aku amat rindukan saat-saat itu! Dibesarkan di kawasan yang berdekatan pantai, sangat mendamaikan jiwa. zaman kanak-kanakku aku kurang kawan. Mama dan papa lebih suka kalau aku dan adik-beradik duduk bermain sesamai adik-beradik saja. usia aku dengan along pun cma berbeza 2tahun dan adik ku 3tahun, cuma yang bongsu agak jauh, iaitu 9 tahun. sebab itu aku tak kisah kalau tiada kawan lain, kerana kami adik-beradik pun dah cukup untuk menyakitkan telinga mama dan papa kalau bergaduh dan berebut permainan. tapi aku masa kecil juara air mata. senjata aku cuma air mata. kalau dah gaduh teruk2 aku menangis jelah..nanti mama tolong backup..haha....tapi ada satu yang sampai sekarang aku tak puas hati dengan along dan adik ku..erm diorang ada merahsiakan pasal "keruntuhan istana semut". puas aku tanya apa sebenarnya tu, tapi sampai sudah diorang rahsiakan. dan aku pun dah tak tanya lagi dah lepastu, sebab confirm diorang takkan bagitau aku rahsia tu..antara permainan yang femes dikalangan kami masa kecik sangat banyak ,antara yang aku masih ingat "tangkap rama-rama dan belalang" lepas dah tangkap tu kami bela dua tiga hari bagi makan biskut merry cicah air dan daun...haha...seronok tengok rama2 dgn belalang tu makan.terkemut-kemut mulut mereka makan terpaksa. cara kami tangkap guna plastik (yang isi sayur tu)hehe..pastu ikat dekat hujung batang kayu. bila belalang ngan rama-rama terjerat, kami pun cepat2 masukkan dalam balang yang dah ditebuk lubang-lubang kecil untuk bernafas. selain tu, kitaorang ada juga reka cipta kereta ala-ala kereta lumba f1 tu dengan tanah dan pasir. best sangat lah dapat main "jelokong" dan kotor-kotor tu..hehe..biasa lah budak-budak kampung. tapi kereta tu ada tiga seat. tapi sayang nya..kami tak sempat siapkan sepenuhnya kereta lumba tu sebabnya dah terkantoi dengan mama masa t..huhu...teruk kami adik-beradik kena marah sebab main pasir sampai kotor2 baju...hehe...aku ni walaupun perempuan lasak jugak, mana tidaknya panjat pokok belimbing dan pokok2 di sekitar rumah kami masa tu menjadi kebiasaan. sampaikan mama marah la dan menegur perangai kejantanan aku masa tu. dengan t-shirt dan seluar pendek menjadi kebiasaan. tapi bila dah dekat-dekat nak habis darjah 6 sedikit-sedikit mama cuba ubah penampilan aku jadi lebih kewanitaan..chewah...perasan perempuan Melayu terakhir pulak aku ni..hihi...tapi aku bersyukur sebab aku tidak terus berperangai ala-ala lelaki..sayang mama, terima kasih sebab beri tunjuk ajar. (^_^)~

Mampukah aku menggenggam ijazah ketiga??

sedar tak sedar sudah sampai ke kemuncak aku belajar. Alhamdulillah sejak zaman sekolah sehingga peringkat ijazah pertama dan sarjana (master); perjalanan pendidikanku berjalan lancar. Sekarang aku hanya perlu berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai kecemerlangan dalam menyiapkan Ijazah Doktor Falsafah. Memang bukan sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi aku masih belum berpengalaman dalam bidang pengajaran dan masih dalam proses belajar. namun aku bersyukur kerana mendapat sokong kuat daripada kedua-dua ibu bapaku dan adik-beradikku serta rakan-rakan yang banyak memberi tunjuk ajar. Semoga segala impian dan harapan aku akan menjadi realiti sedikit masa lagi. dan semoga Allah swt mempermudahkan perjalanan hidupku dan dirahmatiNya sebagai khalifah sementara di atas muka bumi ni dan terus mendapat keredhaan di alam kekal nanti..Amin

Hijab?


The word "hijab" or "ḥijāb refers to both the head covering traditionally worn by Muslim women and modest Muslim styles of dress in general ~ http://en.wikipedia.org/wiki/Hijab.



Al-Hijab berasal dari kata hajaban yang artinya menutupi, dengan kata lain al-Hijab adalah benda yang menutupi sesuatu, menurut al-Jarjani dalam kitabnya at-Ta’rifat mendefinisikan al-Hijab adalah setiap sesuatu yang terhalang dari pencarian kita, dalam arti bahasa berarti man’u yaitu mencegah, contohnya: Mencegah diri kita dari penglihatan orang lain.

Dari berbagai pengertian bahasa yang di atas maka kita bisa mengambil sebuah kesimpulan seperti apa yang dikatakan oleh Al-Zabidy dalam kitabnya Taj al-‘Urus bahwa yang dimaksud dengan al-Hijab adalah segala sesuatu yang menghalangi antara kedua belah pihak. Artinya ada sebuah benda yang menghalangi penglihatan kita terhadap orang lain, contohnya, ketika ada dua orang sedang berbicara, tetapi ditengah-tengah mereka terdapat tembok yang besar, sehingga dengan adanya tembok yang besar itu, mengakibatkan kedua orang itu tidak melihat satu sama lain. nah…tembok inilah yang dinamakan al-Hijab.

Sedangkan menurut istilah syara’, al-Hijab adalah suatu tabir yang menutupi semua anggota badan wanita, kecuali wajah dan kedua telapak tangan dari penglihatan orang lain. Dalam agama kita yaitu Islam, hal ini bertujuan untuk menghindari fitnah di antara dua jenis manusia yang berbeda, yaitu pria dan wanita, dikarenakan dari ujung rambut hingga ujung kaki bagi wanita, semua merupakan aurat yang harus ditutupi, kecuali telapak tangan dan wajah tentunya. Sedangkan bagi kaum pria, bertujuan agar bisa Ghadul Bashar atau menundukan pandangan, selain itu juga dapat mencegah dari perbuatan berkhalwat atau berdua-duaan ditempat sepi antara lawan jenis, dan lain sebagainya yang bertujuan untuk mehindari dari berbagai bentuk maksiat yang dibisikan syeitan melalu pendengaran kita. Karena syeitan akan terus menggoda hingga orang yang dituju syeitan itu bisa mengikuti perintah dan langkah syeitan. Na’udzubillah tsumma na’udzubillah

Dalam al-Qur’an pun disebutkan tentang al-Hijab ini, walaupun satu ayat, tetapi bermakna sangat dalam sekali terhadap definisi al-Hijab itu sendiri, sehingga ayat ini diberi nama dengan “Ayat Hijab”, ayat ini terdapat di surat al-Ahzab ayat 53, yang artinya:

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah-rumah Nabi kecuali bila kamu diizinkan untuk makan dengan tidak menunggu-nunggu waktu masak (makanannya), tetapi jika kamu diundang maka masuklah dan bila kamu selesai makan, keluarlah kamu tanpa asyik memperpanjang percakapan. Sesungguhnya yang demikian itu akan mengganggu Nabi lalu Nabi malu kepadamu (untuk menyuruh kamu keluar), dan Allah tidak malu (menerangkan) yang benar. Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri- isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka. Dan tidak boleh kamu menyakiti (hati) Rasulullah dan tidak (pula) mengawini isteri- isterinya selama-lamanya sesudah ia wafat. Sesungguhnya perbuatan itu adalah amat besar (dosanya) di sisi Allah.”

Ayat ini turun berkenaan dengan hak istri-istrinya Nabi Muhammad Saw.. Pada suatu ketika Umar bin Khaththab ra. Bertanya kepada Nabi Muhammad Saw. tentang kewajiban memakai hijab bagi istri-istrinya Nabi Muhammad Saw. ketika bertemu dengan orang lain, maka turunlah ayat tersebut sebagai jawaban. Sedangkan dalam kitab al-Islam wa Qadhaya al-Mar’ah al-Mu’ashirah di katakan bahwa, ayat ini turun berkenaan dengan kekhawatiran Nabi Muhammad Saw. terhadap kecantikan istri beliau. yaitu Zainab binti Jahsy.

Selain itu, tujuan dari ayat di atas terhadap istri-istri Nabi Muhammad Saw. adalah agar mewajibkan kepada mereka (istri-istri Nabi Muhammad Saw.) untuk menutupi semua anggota badan selain wajah dan telapak tangan, dengan memakai tabir ketika berada di antara orang lain yang bukan muhrim.

Sedangkan yang dimaksud dengan al-Hijab pada ayat di atas adalah, tabir pembatas yang menghalangi wanita dari penglihatan orang lain, tetapi bukan sesuatu yang dipakai seperti pakaian, celana maupun jilbab akan tetapi berbentuk sebuah pemisah seperti tembok, hordeng dan lain sebagainya. Mengacu pada ayat di atas bahwa ketika pada zaman Nabi Muhammad Saw., ada orang asing yang datang kepada istri beliau untuk bertemu dikarenakan ada sesuatu urusan, maka Nabi pun mengizinkannya akan tetapi memerintahkan agar istrinya bertemu dibalik tabir. Al-Hijab dalam pengertian sebagai tabir penghalang tidak diwajibkan kepada wanita yang bukan istri Nabi Muhammad Saw., perintah Nabi di atas bukan perintah untuk semua wanita, tetapi khusus bagi istrinya beliau saja.

Oleh karena itu, di zaman sekarang tidak ada satu pun wanita yang melakukan seperti itu, dikarenakan kekhususannya. Coba bayangkan jika itu tidak dikhususkan akan tetapi malah diperintahkan oleh semua wanita, mungkin akan banyak efek dan kendala yang dihadapi oleh wanita, akan tidak adanya wanita karier, akan tidak adanya wanita yang berpolitik dan lain sebagainya. Belum lagi serangan-serangan dari para orientalis yang saat ini belum menemukan satupun kekurangan dalam Islam, mungkin akan mengkritik tentang masalah ini, jika seandainya perintah ini bagi seluruh wanita. Maka pantaslah jika Islam adalah agama yang mudah dan juga fleksibel bagi pemeluknya, sehingga pemeluknya pun tidak akan merasa keberatan ataupun kesusahan ketika menjalankan syariat-syariat Allah, sehingga malulah kita terhadap Allah SWT. yang memberikan kemudahan kepada umat Nabi Muhammad Saw. akan tetapi kita tidak menjalankan syariatnya Allah SWT,Na’udzubillah. Wallahu’alam~ http://dzikriii.multiply.com/journal/item/29/Pengertian_Al-Hijab_bagi_Wanita


Thursday, February 17, 2011

uhuuu...kera oh kera


sekadar meminjam imej daripada encik google..(^_^)

Tengah duk leka depan my lappy..tiba-tiba ada seekor kera cantik jer duk posing depan tetingkap bilik..masa tu pula my rumate g mandi, so tinggal aku sorang2..fuhh nasib baiklah aku perasan awal kehadiran kera tu di jendala tingkap, kalau tau..mau jadi new rummy ku..huhu....disebabkan terlalu terkejut, aku melarikan diri ke pintu bilik sebagai tindakan berjaga2 sebarang kemungkinan yang akan berlaku, dan dalam masa yang sama aku menghalau jugak si kera tu dengan mulutku..selamat kera tu faham bahawa aku tidak sudi menerima kehadirannya di situ dan cepat-cepat ianya melarikan diri dan hilang di celah-celah pepohon..hehe, cepat2 aku tutup tingkap yang terbuka luas tu. memang tak dinafikan area ukm ni mmg banyak kera, sebabnya hutan simpan dalam u ni masih banyak menghijau. tapi takpelah asalkan xmengganas cukuplah.

Sampai bila harus belajar dan kenapa?...

Kadang-kadang pernah jugak terlintas dalam benak fikiran aku ni, kenapa perlu belajar...erm tapi secara logiknya kalau kita tak belajar macam mana kita nak tahu itu?tahu ini?sebenarnya belajar bukan hanya fokus pada pelajaran semata-mata. Tak semestinya belajar sebab nak exam. huu tapi dalam hidup ni,apa-apa yang kita lakukan semuanya berpunca daripada sikap ingin tahu, dan sikap ingin tahu itulah yang membuatkan kita belajar. Tapi kalau kita berpendidikan itu satu bonus dan orang akan lebih respect kalau kita berilmu. Berilmu pula perlu seimbang dengan akhlak yang mulai. Tak guna kalau belajar tinggi-tinggi tapi berperangai buruk dan menjelekkan. kesimpulannya selagi nadi berdenyut, Selagi itulah kita akan terus belajar dan belajar. Kata orang semakin banyak kita belajar, semakin banyak perkara yang kita tak tahu. jadi sekarang, perlukah kita timbulkan isu ini?hehe...Belajar sampai ke negeri China, betapa kita dituntut untuk belajar sehigga ke seluruh ceruk pelusuk bumi ini.. mengkaji dan menggali apa-apa sahaja yang ada untuk diketahui. tapi kenapa masih ramai orang terutamanya orang Melayu yang bersikap sambalewa sahaja dalam menuntut ilmu??? Sangat kecewa dengan sikap sedemikian, dan jika berterusan tak mustahil bumi Melayu ini semakin lama semakin pudar....sedih bila memikirkan kesan jangka panjang ini.

Tuesday, January 25, 2011

Kawan??

kawan?semua org ada kawan dan pernah juga seorang kawan kepada kawan-kawannya yang lain. tapi kenapa bg aku begitu suka nak percaya dan terima seseorang sebagai kawan aku. mungkin sebab itu jugalah aku ni kurang kawan. kata orang, berkawan biar seribu , bercinta biarlah satu. mungkin ada kebenaranya ungkapan tersebut tapi sejauhmanakah kita dapat memiliki seorang kawan yang boleh didefinisikan sebagai kawan yang sebenar-benarnya kawan. sukar tuk membicarakan soal kawan. bukan mudah untuk mencari kawan yang sejati dan sukar juga untuk menjadi seorang kawan yang setia. kawan kawan kawan. sampai bila-bila pun aku masih kabur dengan perkataan ini....

Tuesday, January 18, 2011

Fedup

terkurung dalam sangkar yang tidak terkunci , tapi sukar meloloskan diri..sangat tidak tenteram rasa di jiwa bila kegusaran dan kesempitan melanda.adui mencari ruang untuk bernafas...supaya diri tidak terus berasa sedih dan pilu......suram dan begitu sepi.....sepi....penantian $$$ begitu menguji kesabaranku..huuuuu.....

Saturday, January 8, 2011

cerita tentang kasut

kasut dan wanita memang tidak dapat dipisahkan meskipun lelaki pun pakai kasut..huu tapi kebiasaannya perempuanlah yang terlebih banyak koleksi kasut berbanding lelaki. kalau tak percaya. cubalah cek kasut mama kamu, kakak, dan adik perempuan,sedara-mara perempuan dan kawan-kawan perempuan. even kalau yang masih sekolah dan belajar di mana-mana, cuba perhatikan kasut cikgu-cikgu dan pensyarah perempuan, majoriti akan bertukar-tukar kasut setiap hari, lebih-lebih lagi bagi mereka yang suka nak pkai dah hold dr hujung rambut sampai hujung kaki kaler yang sama.. huuu...tapi kasut memang penting. bayangkan kalau kita berjalan tanpa alas kaki ke mana-mana?lagi2 tengah panas terik, mau melecet kaki kita. jadi hargailah kasut anda, dan dalam masa yang sama pandai2lah buat pilihan dalam memakai kasut, untuk kesihatan kaki juga. elakkan kasut yang bertumit tinggi, kurang baik tuk kesihatan kaki meskipun cantik dan ala-ala model di pentas peragaan, tapi sengsara kalau memakai terlalu lama. fikir-fikirkanlah...