Saturday, April 9, 2011

Gigi Oh Gigi

Semalam aku pergi jumpa doktor gigi untuk pemeriksaan pertama sebelum pakai pendakap gigi @ braces. untuk pertama kalinya aku berani buat keputusan selepas sekian lama berfikir berkali-kali meskipun perasaan takut masih menyelubungi hati ini..huhu....semalam doktor hanya membuat acuan untuk mengukur gigi aku sebelum mencabut beberapa batang gigi aku ni untuk memudahkan pemasangan pendakap gigi tersebut. sedih juga bila memikirkan yang aku terpaksa berpisah dengan gigi-gigi aku yang aku bela sejak kecil dan tak sakit lagi itu. tapi disebabkan aku dah nekad untuk memakai braces aku terpaksa memberanikan diri aku ni. nanti aku akan ceritakan pengalaman seterusnya..(^_^)~

No comments:

Post a Comment